STATUS

BLOG SEDANG DIKEMASKINI...HARAP MAKLUM.. :P

Teringin Nak Main Bunga Api

>> Friday, October 24, 2008

Tidak seperti tahun-tahun yang lepas... kalau kami balik Pahang, Tok Wan dah siap beli bunga api untuk kami. "Kali ni Tok Wan tak beli pun bunga api sebab bunga api dah mahal. Buat apa nak bakar duit beli bunga api," kata Tok Wan.
"Kalau korang nak main bunga api... apa kata kita buat sendiri," kata Danial anak kedua Mak cik Ju. "Kau pandai buat bunga api ke? Ajarlah kami." "Okay... mari kita cari ranting kayu, sabut kelapa dan dawai," ajak Danial.

Inilah Danial sepupu kami. Dia ni tua setahun dari Ucu. Tapi badan dia kecil sikit.
Cara membuatnya ambil sedikit sabut kelapa yang kering dan ikatkan pada hujung ranting kayu. Tujuan ikat tu supaya sabut tak jatuh bila terbakar.


Okay jugak la... walaupun ia sekadar terbakar dan tidak merecik seperti bunga-bunga api. Janji kami dapat main api.


Seronok jugak la malam tu... sebab kami dapat main api.


Tok Wan la orang yang setia menanti dan memerhati kami main. Maklum la api... kalau kecil dibuat kawan... kalau dah besar dah tak boleh terlawan.

Read more...

Malam Raya

>> Thursday, October 23, 2008

"Kiukkk... Kiukkk...Kiukkkkk..." Tiba-tiba belakang rumah Tok Wan bunyi bising. Apa hal pulak ayam tu... ada musang ke.... atau pun ada ular sawa? Kami pun gi la tengok. Rupa-rupa Walid dan Abang Chik sedang buat operasi tangkap ayam. Maklumlah esok nak raya... nak buat rendang ayam. Rendang daging dan rendang kerang dah masak.


Sepatutnya ayam ni ditangkap pagi-pagi lagi sebelum keluar dari reban.


Disebabkan lupa... kenalah tunggu malam setelah ayam-ayam tu masuk reban.


Kalau kami balik dan rasa-rasa nak makan ayam kampung, Walidlah yang akan sembelih. Kata Tok Ngah.. Tok Wan bukan tak boleh sembelih tetapi tak sampai hati. Maksudnya Tok Wan kasihan tengok ayam-ayam yang dibela disembelih. Semasa bertugas sebagai Komando di Sg Udang Kem, Tok Wan di gelar Zali Ayam Tua. Seluruh kem kenal siapa Zali Ayam Tua. Sebelah rumah di kem tu Zali Tarzan. Entah berapa ramai Zali kat kem tu?


Setakat tolong angkat ayam yang dah disembelih, bolehlah. Tapi kalau suruh pegang ketika hendak sembelih, tak berani.


Lima ekor ayam kena sembelih. Lepas ni kami semua gotong royang membuang bulu ayam tu.


Atam dan ucu pun tolong jugak buang bulu ayam.


Hah... dah siap pun. Lepas basuh bersih-bersih ayam di disalai atas api. Wah! Harumnya semerbak.


Semenjak petang tadi hp Walid asyik berbunyi je... maklumlah ramai kenalan jadi ramai la yang antar sms ucapan Selamat Hari Raya.


Tok Wan: Kecian Ucu... tak de kawan nak main ya...sebab Denial dah balik rumah Toknya kat Chini, Pahang.


Ni dia orang kuat kita yang tangkap ayam tadi. Nasib baik dah mandi... kalau tak kena tido dalam reban ayam malam ni.

Read more...

CARA BIKIN KUIH PENE

>> Wednesday, October 22, 2008

Bila pulang beraya di Pahang, Makcik Ju (adik Walid) sudah sampai dulu. Pada akhir Ramadhan tu... Makcik Ju kata nak ajar kami buat kuih pene. Bagi kami pelik je nama kuih tu mungkin sebab Umi tak pernah buat kuih tu. Haa... memang Umi tak tau buat kuih tu pun sebab ini lah kali pertama Umi dengar nama kuih tu. Kata Makcik Ju ketika ada pertandingan memasak kuih kat tempat dia dulu... Makcik Ju menang dapat tempat pertama sebab buat kuih jati Pahang ni. Ini buat kami tak sabar-sabar nak belajar dan rasa kuih pene atau dipanggil juga kuih bintang.


1.Tepung pulut diuli dengan air.


2. Ambil sedikit dan bulatkan.


3. Tekan di tengahnya.


4. Setelah tekan akan menjadi begini.


5. Picit di bahagian tepi.


6. Picit di empat penjuru.


7. Menjadi bentuk bintang.


8. Buat sehingga habis adunan tersebut.


9. Kadang-kadang kalau diangkat untuk di letakkan ke tempat lain akan pecah. Jadi biarkan saja dalam bekas tersebut. Bila sudah keras akan mudah diangkat.


10. Kuih ini bagusnya dibuat beramai-ramai. Cepat siap.


11. Daun pandan yang telah ditumbuk digaul sekali dengan kelapa parut yang telah dimasukkan sedikit air.


12. Masukan telur dalam kelapa parut tadi.


13. Perah santannya.


14. Inilah santan yang telah dicampur dengan air daun pandan dan telor.


15. Santan tadi dibancuh dengan tepong gandum sehingga menjadi better pekat.


16. Panaskan periuk kukus.


17. Daun pisang dipotong bulat.


18. Letakkan daun pisang dalam bekas bulat dan di atasnya letakkan 6 biji tepung berbentuk bintang tadi.


19. Setelah itu masukkan sesenduk better pekat tadi di atas duan pisang yang ada 6 biji bintang tadi. Kukuslah sehingga masak. Wah! Rasanya sedap tau.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP