STATUS

BLOG SEDANG DIKEMASKINI...HARAP MAKLUM.. :P

Di Kem PLKN Princess Haliza

>> Friday, February 6, 2009

Pada pertengahan bulan Januari 2009, kami telah ke Kem PLKN Princess Haliza, Sepang kerana Abang Chik akan bercuti sempena menyambut Tahun Baru China.

Ketika sampai peserta PLKN sedang membuat persembahan. Di antaranya ialah persembahan air seperti dalam gambar di bawah.

Ibubapa yang hadir juga turut digalakkan menyertai permaianan. Walid masuk permainan Bongo-bongo dan umi pula masuk permainan angkat batang paip guna dua jari. Ketika ibubapa mengikuti permainan, diadakan juga pertandingan mewarna. Sebelum penyampaian hadiah kanak-kanak tersebut dipanggil kepentas untuk beramah mesra dengan pelatih PLKN.

Hampir sejam juga kami meronda di PLKN untuk mencari Abang Chik. Oleh kerana ramai sangat peserta PLKN, jadi apabila apabila kami sebut nama Abang Chik, mereka tidak kenal. Rupanya di sini kena sebut nombor kod, barulah mereka mudah hendak tolong carikan.

"Kalau nak balik selepas pukul satu", kata Abang Chik. Sementara menunggu pukul satu kami sempat menjamah hidangan tengahari. Boleh tahan juga rasa masakannya. Sosnya sangat sedap. Tetapi yang best sekali dapat makan dalam tray dan cawan besi. Kami terasa seperti kami juga adalah sebahagian daripada peserta disitu.

"Bila Abang Chik duduk sebelah kakak... nampak kakak pun seperti peserta PLKN juga la... sebab pakai baju warna yang sama", kata Ucu.


"Okay, surat cuti sudah dapat. Boleh balik sekarang," kata Abang Chik. Ketika kami beredar... tidaklah ramai sangat ibu bapa yang datang dibandingkan peserta yang ada di kem. Rupanya di kem ini ramai budak-budak yang datangnya dari Sabah dan Serawak. Oleh kerana kampung mereka jauh, jadi mereka hanya duduk di kem dan mungkin akan dibawa berjalan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP