STATUS

BLOG SEDANG DIKEMASKINI...HARAP MAKLUM.. :P

PESANAN UMI

>> Thursday, October 30, 2008

Jaga Akhlak Ketika Di Tanah Perkuburan


Kebiasaannya dipagi Syawal setelah solat hari raya, ramai umat Islam akan menziarahi kubur. Amalan menziarahi kubur adalah sunat tetapi untuk mendapat ganjaran pahala, perlulah mengikut beberapa amalan dan adab. Mudah-mudahan amalan ini menjadi amal ibadah dan akan mendatangkan manfaat kepada ahli kubur. Antara amalan-amalan tersebut ialah:
1. Mengambil air sembahyang terlebih dahulu.
2. Memakai pakaian yang sopan dan menutut aurat.
3. Ketika bertolak menuju ke tanah perkuburan, berniatlah pergi kekubur dengan tujuan menziarahi.
4. Disunatkan memberi salam ketika tiba di tanah perkuburan.
5. Disunatkan memberi salam ketika melintasi mana-mana kubur orang-orang Islam dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan.
6. Disunatkan membaca al-Quran dalam keadaan duduk. Sebaiknya bacalah Surah Yasin atau surah Al-Ikhlas sebanyak sebelah kali.
7. Setelah selesai membaca al-Quran, hadiahkan pahala bacaan kepada si mati sebaiknya dibaca:
“Ya Allah, sampaikanlah pahala apa yang telah ku baca ini kepada si Polan.”
8. Setelah itu, disunatkan berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua tangan untuk berdoa. Sebaiknya berdoalah yang faham akan maknanya dan boleh juga kita kita berdoa dalam Bahasa Malaysia. Diantara doa-doa itu ialah:
“Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas kamu, wahai ahli kubur. Semoga Allah mengampuni kami dan kamu. Kamu orang yang mendahului kami, dan kami akan menyusuli kamu.”
9. Selepas berdoa, antara amalan yang sunat kita lakukan ialah merenjiskan atau memercikkan air ake kubur dan meletakkan pelepah daun atau bunga yang masih hijau di atas kubur.

Larangan-larangan Ketika Di Tanah Pekuburan:
Terdapat beberapa perkara yang perlu dijauhi, antaranya ialah:
1. Dilarang meratap. memekik, serta memukul-mukul pipi kerana terlalu dukacita.
2. Makrub duduk di atas kubur tetapi tidak dilarang dudukdi sekitar atau di sekeliling kubur.
3. Dilarang memijak kubur (sama seperti duduk di atas kubur) kecuali dalam keadaan terdesak kerana tidak ada jalan lain menuju ke kubur.
4. Haram hukumnya jika kita melakukan perkara yang boleh menjejaskan aqidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah perkuburan dan seumpamanya.

*Artikel Majalah ASUH Oktober 2008

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP