STATUS

BLOG SEDANG DIKEMASKINI...HARAP MAKLUM.. :P

KENANGAN DAN SAMBUTAN AIDIL ADHA 1429

>> Sunday, December 7, 2008

Menjelangnya Aidil Adha kami tentu akan tanya walid dan umi hendak raya di mana . Ini disebabkan kebiasaanya Hari Raya Aidil Adha kami tidak balik kampung sebab cuti raya sehari sahaja. Rasanya dah banyak tahun jugalah walid membawa kami berhari raya di Nur Lembah Pangsun yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Kawasan itu merupakan pusat peranginan yang asalnya merupakan dusun buah-buahan dan kolam ikan. Tempat ini adalah kepunyaan Era Mewah. Jadi setiap kali Aidil Adha mereka akan mengadakan pertemuan untuk keluarga Hajah Che Halimah. Tetapi dijemput juga peduduk setempat dan kenalan terdekat. Kami berpeluang ikut serta sebab mereka menjemput ahli keluarga Galeri Ilmu. Terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad Hassan Mukhtar kerana memberi kami peluang sama-sama meraikan Aidil Adha dengan keluarga mereka.
Raya di Nur Lembah Pangsun memang saat kami tunggu-tunggukan sebab bukan sahaja aktiviti ibadah korban dan makan-makan yang ada. Tetapi macam-macam acara lagi. Selepas solat raya dan menjamah juadah raya akan diadakan acara sukaneka untuk kanak-kanak. Selain itu diadakan pertandingan memancing. Best rupanya memancing ni... terutama ketika dapat ikan. Sehingga sanggup berjemur di bawah panas terik. Orang yang paling bersemangat ialah Kak Lang...sebab dia pernah dapat hadiah memancing ketegori kanak-kanak sebab dapat ikan paling besar. Setiap kali balik beraya di Nur Lembah Pangsun tidak pernah kami balik dengan tangan kosong. Maklumlah setiap peserta acara sukaneka semuanya akan dapat hadiah. Selain itu, acara yang paling kami tunggu-tunggu ialah mandi manda. Seronoknya dapat berendam dalam air sungai yang datangnya dari bukit. Ini semua tinggal kenangan.
Rasanya masuk tahun ni mungkin sudah dua atau tiga tahun kami tidak lagi menyambut Aidil Adha di Lembah Pangsun. Kami pun tidak pasti mengapa walid tidak kesana lagi. Kali terakhir kami beraya di Pangsun yang turut serta ialah Keluarga Ustaz Sobri. Ketika itu mereka baru pindah di Rose Apartment. Sebelum ini mereka tinggal di Kedah. Semenjak program raya itu kami semua semakin rapat dengan anak-anak beliau.


Alhamdulillah kali ini sambutan Aidil Adha lebih bererti lagi. Pada tahun ini, dengan adanya ibadah korban di Rose Apartment telah memberi satu pengalaman baru pada kami semua. Memang bersemangat sungguh jiran-jiran kita di Rose Apartment ni. Mana tidaknya... makcik-macik dan anak-anak mereka yang besar dan kecil semuanya sanggup berhujan demi untuk menyeksikan sendiri detik-detik penyembelihan, melapah dan membungkus. Kemudian makcik-makcik ni sama-sama bergotong royong memasak makanan untuk tengah hari. Boleh tahan la rasanya. Lepas ni kalau abang dan kakak kita nak kahwin boleh lah tender kat mereka je.
Ketika makan sup tulang... umi kata dia teringatkan pada kawannya yang bernama Makcik Yan. Raya puasa yang lalu, Makcik Yan telah mengajak umi ke open house di Pelangi, Kota Damansara untuk jumpa kawan lama. Dalam majlis itu menu utamanya ialah kambing bakar. Alhamdulillah dapatlah merasa walaupun hanya tinggal tulang.
Nampaknya Ustaz Ibrahim Mohammad sudah semakin uzur. Kami doakan semoga beliau bertambah sihat.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP