STATUS

BLOG SEDANG DIKEMASKINI...HARAP MAKLUM.. :P

Wan Dah Pergi

>> Tuesday, October 28, 2008

"Assalamualaikum... Wan (Mariam bt Jamil) sudah kembali ke rahmatullah tepat jam 12.20 pagi 26 oktober 08. Jenazah akan dikembumikan di Tanjung Malim".
Itulah mesej yang dihantar pada 12.42 pagi itu daripada Makcik Ani, anak kepada Allahyarhamah. Walid terima sms itu pada jam 5.30 pagi. Wan adalah kakak sulung Opah. Walid panggil Wan, Mak Tua.
Dua minggu yang lalu, Walid baru sahaja pergi menziarahi Wan bersama Makcik Lizara di Hospital Slim River. Wan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam wad ICU. Kami tak pergi sebab sekolah. Semasa Walid sampai, Wan sudah sedar. Doktor maklumkan Wan sudah boleh di tukarkan ke wad biasa. Wan nak makan pisang goreng. Dua hari selepas itu Wan keluar dari hospital tetapi dikejarkan ke Hospital Ipoh kerana komplikasi buah pinggang. Wan pergi meninggalkan kami diusia 79 tahun 3 hari. Semoga roh Wan dicucuri rahmat dari Allah. AL-Fatihah.

Ketika kami sampai di rumah Wan di Kampung Cabang Lima, Jalan Ketoyong, orang sedang memandikan jenazah. Kami dapat melihat segala urusan jenazah dari memandikan hinggalah dikapankan.

Jenazah dibawa ke kubur yang terletak berhampiran di belakang rumah.

Ketika orang tengah baca talkin... Opah baru sampai dari Jengka, Pahang.

Sebelum pulang semua berkumpul di rumah Wan. Sebenarnya ramai yang kami tidak kenal dengan saudara mara sebelah Opah. Alhamdulillah walaupun ini kali pertama kami berjumpa dengan mereka... tapi mereka sangat spoting bila diajak bergambar bersama.
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila mati seorang manusia, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara. Iaitu sedekah jariah (yang berterusan manfaatnya), ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya.” (Riwayat Muslim)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP