STATUS

BLOG SEDANG DIKEMASKINI...HARAP MAKLUM.. :P

Walimatul Urus Asshaari & Siti Adlina

>> Monday, December 22, 2008

Pada 21 Disember 2008... kami ke Dewan Badminton, Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak, Selayang. Rupanya kawan Walid kahwin. Namanya Muhd Assha'Ari tapi Walid panggil Mat je. Isterinya bernama Siti Adlina Dahari. Nampaknya dua-dua sama cantik dan sepadan.

Kami sampai dah hujung-hujung... orang dah tak ramai. Tetapi makanan masih banyak lagi. Rupanya pada hari itu ada dua pasangan pengantin.

Tengok tu... bukan main mesra dan bergayanya mereka apabila jurukamera ambil gambar mereka. Hmmm.... siapa lagi jurugambar mereka kalau bukan Along. Sebelum pulang kami sempat mengabadikan gambar bersama pengantin.
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Satukanlah hati kedua mempelai ini
Sepertimana Engkau satukan
Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha serta
Muhammad SAW dan Siti Khadijah.

limpahkanlah Berkat dan rahmatmu,
Kurniakanlah mereka zuriat
yang sempurna, beriman dan
beramal soleh serta berikanlah
ketenangan kepada mereka
di dunia dan akhirat.

Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin.

Read more...

My Family

>> Tuesday, December 16, 2008


Read more...

KENANGAN DAN SAMBUTAN AIDIL ADHA 1429

>> Sunday, December 7, 2008

Menjelangnya Aidil Adha kami tentu akan tanya walid dan umi hendak raya di mana . Ini disebabkan kebiasaanya Hari Raya Aidil Adha kami tidak balik kampung sebab cuti raya sehari sahaja. Rasanya dah banyak tahun jugalah walid membawa kami berhari raya di Nur Lembah Pangsun yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Kawasan itu merupakan pusat peranginan yang asalnya merupakan dusun buah-buahan dan kolam ikan. Tempat ini adalah kepunyaan Era Mewah. Jadi setiap kali Aidil Adha mereka akan mengadakan pertemuan untuk keluarga Hajah Che Halimah. Tetapi dijemput juga peduduk setempat dan kenalan terdekat. Kami berpeluang ikut serta sebab mereka menjemput ahli keluarga Galeri Ilmu. Terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad Hassan Mukhtar kerana memberi kami peluang sama-sama meraikan Aidil Adha dengan keluarga mereka.
Raya di Nur Lembah Pangsun memang saat kami tunggu-tunggukan sebab bukan sahaja aktiviti ibadah korban dan makan-makan yang ada. Tetapi macam-macam acara lagi. Selepas solat raya dan menjamah juadah raya akan diadakan acara sukaneka untuk kanak-kanak. Selain itu diadakan pertandingan memancing. Best rupanya memancing ni... terutama ketika dapat ikan. Sehingga sanggup berjemur di bawah panas terik. Orang yang paling bersemangat ialah Kak Lang...sebab dia pernah dapat hadiah memancing ketegori kanak-kanak sebab dapat ikan paling besar. Setiap kali balik beraya di Nur Lembah Pangsun tidak pernah kami balik dengan tangan kosong. Maklumlah setiap peserta acara sukaneka semuanya akan dapat hadiah. Selain itu, acara yang paling kami tunggu-tunggu ialah mandi manda. Seronoknya dapat berendam dalam air sungai yang datangnya dari bukit. Ini semua tinggal kenangan.
Rasanya masuk tahun ni mungkin sudah dua atau tiga tahun kami tidak lagi menyambut Aidil Adha di Lembah Pangsun. Kami pun tidak pasti mengapa walid tidak kesana lagi. Kali terakhir kami beraya di Pangsun yang turut serta ialah Keluarga Ustaz Sobri. Ketika itu mereka baru pindah di Rose Apartment. Sebelum ini mereka tinggal di Kedah. Semenjak program raya itu kami semua semakin rapat dengan anak-anak beliau.


Alhamdulillah kali ini sambutan Aidil Adha lebih bererti lagi. Pada tahun ini, dengan adanya ibadah korban di Rose Apartment telah memberi satu pengalaman baru pada kami semua. Memang bersemangat sungguh jiran-jiran kita di Rose Apartment ni. Mana tidaknya... makcik-macik dan anak-anak mereka yang besar dan kecil semuanya sanggup berhujan demi untuk menyeksikan sendiri detik-detik penyembelihan, melapah dan membungkus. Kemudian makcik-makcik ni sama-sama bergotong royong memasak makanan untuk tengah hari. Boleh tahan la rasanya. Lepas ni kalau abang dan kakak kita nak kahwin boleh lah tender kat mereka je.
Ketika makan sup tulang... umi kata dia teringatkan pada kawannya yang bernama Makcik Yan. Raya puasa yang lalu, Makcik Yan telah mengajak umi ke open house di Pelangi, Kota Damansara untuk jumpa kawan lama. Dalam majlis itu menu utamanya ialah kambing bakar. Alhamdulillah dapatlah merasa walaupun hanya tinggal tulang.
Nampaknya Ustaz Ibrahim Mohammad sudah semakin uzur. Kami doakan semoga beliau bertambah sihat.

Read more...

PESANAN UMI

>> Thursday, December 4, 2008

Masuklah Dengan Keizinan



‘Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu masuk ke dalam sesebuah rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi salam ke atas ahli keluarga rurnah tersebut yang demikian itu adalah lebih baik semoga kamu dapat mengambil peringatan.’

Read more...

Undangan

>> Wednesday, December 3, 2008

Pada 22 Nov 2008, kami sekeluarga telah ke Bandar Tun Hussein Onn, Cheras untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan Madihah dan Rahim. Madihah merupakan puteri kepada Brig. Jen. (B) Dato' Seri Abdul Hamid b. Haji Zainal Abidin dan Datin Seri Latipah bt Haji Abdullah.

Doa Buat Mempelai
"Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan disemaikan-Nya di antara kamu bibit cinta sayang dan kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu tanda-tanda bagi orang yang mahu berfikir." (Surah Ar-Rum: 21)

Setelah itu kami terus ke Taman Koperasi Uda, Hulu Langat untuk menziarahi Tok Ngah yang telah seminggu di situ. Semasa kecil Tok Ngah sangat rapat dengan Cikgu Lina, anak saudaranya. Cikgu Lina bertugas sebagai pengetua di sebuah sekolah menengah di Cheras. Orangnya ceria dan peramah. Rasanya macam dah kenal lama. Suatu hari nanti kami berpakat untuk berkelah di tempat perkelahan Pangsun bersama-sama. Tak sabar rasanya.


Inilah keluarga Cikgu Lina bersama suaminya Encik Ahamad Suhim serta empat orang puteri kesayangannya.





Walau pun kami baru sahaja berkenalan tetapi seperti sudah lama berkenalan. Cikgu Lina serta anak-anaknya memang sangat peramah.


Oleh kerana telah mesra Umi dengan Cikgu Lina telah berkongsi sesuatu. Hai pandainya Umi aku ni ambil peluang... Kami doakan semoga siratulrahim ini berpanjangan.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP