STATUS

BLOG SEDANG DIKEMASKINI...HARAP MAKLUM.. :P

We Will Not Go Down

>> Monday, February 23, 2009

The first American song and video clip about Gaza, it will shock you, this is a part of the truth about Palestine. ... to We will not go down.

Read more...

Kakak Kawan Kak Lang Kahwin

>> Wednesday, February 18, 2009

Semarak kasih jalinan budi,
Kehadiran anda kami sanjungi,
Dengan penuh kesyukuran dan
Berkat rahmatnya kami mempersilakan.

Beras kunyit kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai,
Semoga majlis diberkati ilahi.

Itulah antara yang terkandung dalam kad jemputan yang kami terima daripada Pak Cik Nuru Mohamad sekeluarga untuk walimatul urus Puteri Sulungnya.
Haa... inilah kawan Kak Lang tetapi bukan la pengantin yang naik pelamin tu. Dia masih belajar lagi di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.Kira kawan baik Kak Lang la ni...

Singgah sana buat pengantin Kakak Baizurah dan Nasirudin.


Ya Allah ya Tuhan kami, satukanlah hati kedua memepelai ini seperti mana Engkau satukan hati Adam dan Hawa.Limpahkanlah juga barakah dan rahmat atas mempelai ini dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini. Semoga Allah memberkati keduanya di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Walid bergambar dengan bapa dan ibu pengatin.

Read more...

Derma Darah Menyihatkan Badan

>> Sunday, February 15, 2009

Abang Chik menderma darah pada 14 Februari 2009 di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor.


Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru. Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan.
Kita tidak akan mengalami masalah kekurangan darah kerana secara semula jadi badan menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang musnah akibat ‘tua’ (selepas 120 hari). Didermakan atau tidak, darah berkenaan tetap akan musnah dalam badan kita, jadi lebih baik jika ia dapat digunakan sebaik-baiknya.
Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat.
Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru.
Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.
Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.
Namun lebih penting, ia membolehkan seseorang mengetahui status kesihatan mereka kerana ujian akan dilakukan setiap kali darah didermakan (walaupun anda penderma tetap) bagi memastikan darah benar-benar selamat dan ‘bersih’.
Antara ujian yang dilakukan ialah ukuran tekanan dan pengenalan jenis darah, selain mengesan sama ada penderma mengalami masalah kesihatan lain. Jika ada, usah risau kerana ia dapat dikesan awal bagi membolehkan kita menerima rawatan sewajarnya.
Berapa banyak darah yang akan diambil? Tidak banyak, hanya satu unit iaitu antara 300 hingga 450 mililiter saja, bergantung kepada berat badan anda. Selepas menderma, anda akan diberikan pil zat besi dan asid filik bagi merangsang badan menghasilkan sel darah baru.

Penerima darah
Mungkin ada yang bertanya siapa akan menerima darah anda ini? Ramai.
Antaranya ialah:
1. Wanita yang tumpah darah ketika bersalin.
2. Pesakit talasemia.
3. Pesakit leukemia.
4. Pesakit haemofilia.
5. Individu yang mengalami masalah anemia.
6. Mangsa kebakaran.
7. Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah.
8. Bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.
9. Mangsa demam denggi.
Sebenarnya, darah kita membabitkan beberapa komponen dan darah yang didermakan ini akan diasingkan mengikut komponen berkenaan iaitu darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, faktor VIII dan IX.
Semua komponen ini mempunyai kegunaan masing-masing yang diperlukan individu berlainan.
Sel darah merah contohnya, digunakan untuk merawat pesakit talasemia, leukemia, orang yang kehilangan darah dan kekurangan darah (anemia).
Manakala plasma pula penting untuk merawat mangsa kebakaran dan kebanyakan kes kehilangan darah seperti ketika menjalani pembedahan. Walaupun ada teknologi moden yang boleh menghasilkan bahan yang menggantikan beberapa komponen darah, sumber darah asli masih diperlukan kebanyakan pesakit.
Bagaimana pula dengan komponen lain? Pusat Darah Negara menghantar plasma beku ke Makmal Serum Commonwealth di Melbourne, Australia. Plasma ini akan menjalani proses pemecahan bagi menghasilkan faktor VIII, immunoglobulin dan albumin 20 peratus yang digunakan bagi merawat pesakit haemofilia, iaitu masalah darah lambat beku.
Jadi, tiada setitis pun darah anda akan terbuang sia-sia. Jadi, ambil peluang untuk menderma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain kerana giliran kita memerlukan darah mungkin tiba satu hari nanti.

Bagaimanapun, bukan semua orang layak menderma darah kerana anda perlu memiliki ciri seperti senarai di bawah iaitu:
1. Berumur 18 hingga 65 tahun.
2. Berat badan melebihi 45 kilogram.
3. Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
4. Tidak menghidap penyakit kronik.
5. Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
6. Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
7. Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

Anda dilarang menderma darah buat sementara waktu jika:
1. Demam.
2. Berat badan kurang 45 kilogram.
3. Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.
4. Tidur kurang lima jam.
5. Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.
6. Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
7. Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
8. Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
9. Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

Paling penting, jangan menderma darah jika anda:
1. Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
2. Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
3. Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
4. Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).
5. Mengambil dadah secara suntikan.

Rujukan: http://halaqah.net

Read more...

Di Pantai Bagan Lalang

>> Tuesday, February 10, 2009

Bagan Lalang terletak tidak berapa jauh dari Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor. Oleh kerana sudah sampai di kawasan itu kami telah singgah di pantainya. Wah! Cantik sungguh pemandangan di Bagan Lalang ini. Tambahan pula pantai dan airnya bersih. Begitu juga dengan pasir dan persekitarannya tersangat bersih.Dibandingkan dengan pantai PD yang pernah kami pergi pada hujung tahun 2008. Ketika kami sampai air surut sampai ketengah.










Insya-Allah... suatu hari nanti kami akan ke sini lagi untuk berkhemah dan bermalam di Bagan Lalang pula.

Read more...

Di Kem PLKN Princess Haliza

>> Friday, February 6, 2009

Pada pertengahan bulan Januari 2009, kami telah ke Kem PLKN Princess Haliza, Sepang kerana Abang Chik akan bercuti sempena menyambut Tahun Baru China.

Ketika sampai peserta PLKN sedang membuat persembahan. Di antaranya ialah persembahan air seperti dalam gambar di bawah.

Ibubapa yang hadir juga turut digalakkan menyertai permaianan. Walid masuk permainan Bongo-bongo dan umi pula masuk permainan angkat batang paip guna dua jari. Ketika ibubapa mengikuti permainan, diadakan juga pertandingan mewarna. Sebelum penyampaian hadiah kanak-kanak tersebut dipanggil kepentas untuk beramah mesra dengan pelatih PLKN.

Hampir sejam juga kami meronda di PLKN untuk mencari Abang Chik. Oleh kerana ramai sangat peserta PLKN, jadi apabila apabila kami sebut nama Abang Chik, mereka tidak kenal. Rupanya di sini kena sebut nombor kod, barulah mereka mudah hendak tolong carikan.

"Kalau nak balik selepas pukul satu", kata Abang Chik. Sementara menunggu pukul satu kami sempat menjamah hidangan tengahari. Boleh tahan juga rasa masakannya. Sosnya sangat sedap. Tetapi yang best sekali dapat makan dalam tray dan cawan besi. Kami terasa seperti kami juga adalah sebahagian daripada peserta disitu.

"Bila Abang Chik duduk sebelah kakak... nampak kakak pun seperti peserta PLKN juga la... sebab pakai baju warna yang sama", kata Ucu.


"Okay, surat cuti sudah dapat. Boleh balik sekarang," kata Abang Chik. Ketika kami beredar... tidaklah ramai sangat ibu bapa yang datang dibandingkan peserta yang ada di kem. Rupanya di kem ini ramai budak-budak yang datangnya dari Sabah dan Serawak. Oleh kerana kampung mereka jauh, jadi mereka hanya duduk di kem dan mungkin akan dibawa berjalan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP