STATUS

BLOG SEDANG DIKEMASKINI...HARAP MAKLUM.. :P

UPIN IPIN

>> Friday, October 31, 2008

Inilah rancangan yang paling disukai oleh Ucu. Ucu sanggup tak makan dan tak keluar bermain semata-mata nak tengok Upin dan Ipin kat tv. Walaupun rancangan tu dah ditayang berulang kali Ucu tak jemu-jemu menontonnya. Hai... tak tau la apa nak jadi dengan adik kami yang sorang ni.

Read more...

PESANAN UMI

>> Thursday, October 30, 2008

Jaga Akhlak Ketika Di Tanah Perkuburan


Kebiasaannya dipagi Syawal setelah solat hari raya, ramai umat Islam akan menziarahi kubur. Amalan menziarahi kubur adalah sunat tetapi untuk mendapat ganjaran pahala, perlulah mengikut beberapa amalan dan adab. Mudah-mudahan amalan ini menjadi amal ibadah dan akan mendatangkan manfaat kepada ahli kubur. Antara amalan-amalan tersebut ialah:
1. Mengambil air sembahyang terlebih dahulu.
2. Memakai pakaian yang sopan dan menutut aurat.
3. Ketika bertolak menuju ke tanah perkuburan, berniatlah pergi kekubur dengan tujuan menziarahi.
4. Disunatkan memberi salam ketika tiba di tanah perkuburan.
5. Disunatkan memberi salam ketika melintasi mana-mana kubur orang-orang Islam dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan.
6. Disunatkan membaca al-Quran dalam keadaan duduk. Sebaiknya bacalah Surah Yasin atau surah Al-Ikhlas sebanyak sebelah kali.
7. Setelah selesai membaca al-Quran, hadiahkan pahala bacaan kepada si mati sebaiknya dibaca:
“Ya Allah, sampaikanlah pahala apa yang telah ku baca ini kepada si Polan.”
8. Setelah itu, disunatkan berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua tangan untuk berdoa. Sebaiknya berdoalah yang faham akan maknanya dan boleh juga kita kita berdoa dalam Bahasa Malaysia. Diantara doa-doa itu ialah:
“Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas kamu, wahai ahli kubur. Semoga Allah mengampuni kami dan kamu. Kamu orang yang mendahului kami, dan kami akan menyusuli kamu.”
9. Selepas berdoa, antara amalan yang sunat kita lakukan ialah merenjiskan atau memercikkan air ake kubur dan meletakkan pelepah daun atau bunga yang masih hijau di atas kubur.

Larangan-larangan Ketika Di Tanah Pekuburan:
Terdapat beberapa perkara yang perlu dijauhi, antaranya ialah:
1. Dilarang meratap. memekik, serta memukul-mukul pipi kerana terlalu dukacita.
2. Makrub duduk di atas kubur tetapi tidak dilarang dudukdi sekitar atau di sekeliling kubur.
3. Dilarang memijak kubur (sama seperti duduk di atas kubur) kecuali dalam keadaan terdesak kerana tidak ada jalan lain menuju ke kubur.
4. Haram hukumnya jika kita melakukan perkara yang boleh menjejaskan aqidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah perkuburan dan seumpamanya.

*Artikel Majalah ASUH Oktober 2008

Read more...

Wan Dah Pergi

>> Tuesday, October 28, 2008

"Assalamualaikum... Wan (Mariam bt Jamil) sudah kembali ke rahmatullah tepat jam 12.20 pagi 26 oktober 08. Jenazah akan dikembumikan di Tanjung Malim".
Itulah mesej yang dihantar pada 12.42 pagi itu daripada Makcik Ani, anak kepada Allahyarhamah. Walid terima sms itu pada jam 5.30 pagi. Wan adalah kakak sulung Opah. Walid panggil Wan, Mak Tua.
Dua minggu yang lalu, Walid baru sahaja pergi menziarahi Wan bersama Makcik Lizara di Hospital Slim River. Wan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam wad ICU. Kami tak pergi sebab sekolah. Semasa Walid sampai, Wan sudah sedar. Doktor maklumkan Wan sudah boleh di tukarkan ke wad biasa. Wan nak makan pisang goreng. Dua hari selepas itu Wan keluar dari hospital tetapi dikejarkan ke Hospital Ipoh kerana komplikasi buah pinggang. Wan pergi meninggalkan kami diusia 79 tahun 3 hari. Semoga roh Wan dicucuri rahmat dari Allah. AL-Fatihah.

Ketika kami sampai di rumah Wan di Kampung Cabang Lima, Jalan Ketoyong, orang sedang memandikan jenazah. Kami dapat melihat segala urusan jenazah dari memandikan hinggalah dikapankan.

Jenazah dibawa ke kubur yang terletak berhampiran di belakang rumah.

Ketika orang tengah baca talkin... Opah baru sampai dari Jengka, Pahang.

Sebelum pulang semua berkumpul di rumah Wan. Sebenarnya ramai yang kami tidak kenal dengan saudara mara sebelah Opah. Alhamdulillah walaupun ini kali pertama kami berjumpa dengan mereka... tapi mereka sangat spoting bila diajak bergambar bersama.
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila mati seorang manusia, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara. Iaitu sedekah jariah (yang berterusan manfaatnya), ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya.” (Riwayat Muslim)

Read more...

Nurul Praktikal

>> Sunday, October 26, 2008



skang aku kna praktikal lg sebulan lbih lg..habis praktikal adalah 14hb disember 2008..yahoo!!




ni adalah antara staff yang ada kt sna yang aku rapat..sume masih bujang lagi..plih2 nk yang mana




masa time nih alia n ely mber praktikal kt ofis adalah hari last dorang...inilah kenangan hari-hari terakhir bersama dorang..




aku skang praktikal kt bangi seksyen 4 tambahan..nama syarikat aku keje SKWAL SDN BHD..






Nurul 2 dari kiri bersama kawan-kawan praktikal

Read more...

Teringin Nak Main Bunga Api

>> Friday, October 24, 2008

Tidak seperti tahun-tahun yang lepas... kalau kami balik Pahang, Tok Wan dah siap beli bunga api untuk kami. "Kali ni Tok Wan tak beli pun bunga api sebab bunga api dah mahal. Buat apa nak bakar duit beli bunga api," kata Tok Wan.
"Kalau korang nak main bunga api... apa kata kita buat sendiri," kata Danial anak kedua Mak cik Ju. "Kau pandai buat bunga api ke? Ajarlah kami." "Okay... mari kita cari ranting kayu, sabut kelapa dan dawai," ajak Danial.

Inilah Danial sepupu kami. Dia ni tua setahun dari Ucu. Tapi badan dia kecil sikit.
Cara membuatnya ambil sedikit sabut kelapa yang kering dan ikatkan pada hujung ranting kayu. Tujuan ikat tu supaya sabut tak jatuh bila terbakar.


Okay jugak la... walaupun ia sekadar terbakar dan tidak merecik seperti bunga-bunga api. Janji kami dapat main api.


Seronok jugak la malam tu... sebab kami dapat main api.


Tok Wan la orang yang setia menanti dan memerhati kami main. Maklum la api... kalau kecil dibuat kawan... kalau dah besar dah tak boleh terlawan.

Read more...

Malam Raya

>> Thursday, October 23, 2008

"Kiukkk... Kiukkk...Kiukkkkk..." Tiba-tiba belakang rumah Tok Wan bunyi bising. Apa hal pulak ayam tu... ada musang ke.... atau pun ada ular sawa? Kami pun gi la tengok. Rupa-rupa Walid dan Abang Chik sedang buat operasi tangkap ayam. Maklumlah esok nak raya... nak buat rendang ayam. Rendang daging dan rendang kerang dah masak.


Sepatutnya ayam ni ditangkap pagi-pagi lagi sebelum keluar dari reban.


Disebabkan lupa... kenalah tunggu malam setelah ayam-ayam tu masuk reban.


Kalau kami balik dan rasa-rasa nak makan ayam kampung, Walidlah yang akan sembelih. Kata Tok Ngah.. Tok Wan bukan tak boleh sembelih tetapi tak sampai hati. Maksudnya Tok Wan kasihan tengok ayam-ayam yang dibela disembelih. Semasa bertugas sebagai Komando di Sg Udang Kem, Tok Wan di gelar Zali Ayam Tua. Seluruh kem kenal siapa Zali Ayam Tua. Sebelah rumah di kem tu Zali Tarzan. Entah berapa ramai Zali kat kem tu?


Setakat tolong angkat ayam yang dah disembelih, bolehlah. Tapi kalau suruh pegang ketika hendak sembelih, tak berani.


Lima ekor ayam kena sembelih. Lepas ni kami semua gotong royang membuang bulu ayam tu.


Atam dan ucu pun tolong jugak buang bulu ayam.


Hah... dah siap pun. Lepas basuh bersih-bersih ayam di disalai atas api. Wah! Harumnya semerbak.


Semenjak petang tadi hp Walid asyik berbunyi je... maklumlah ramai kenalan jadi ramai la yang antar sms ucapan Selamat Hari Raya.


Tok Wan: Kecian Ucu... tak de kawan nak main ya...sebab Denial dah balik rumah Toknya kat Chini, Pahang.


Ni dia orang kuat kita yang tangkap ayam tadi. Nasib baik dah mandi... kalau tak kena tido dalam reban ayam malam ni.

Read more...

CARA BIKIN KUIH PENE

>> Wednesday, October 22, 2008

Bila pulang beraya di Pahang, Makcik Ju (adik Walid) sudah sampai dulu. Pada akhir Ramadhan tu... Makcik Ju kata nak ajar kami buat kuih pene. Bagi kami pelik je nama kuih tu mungkin sebab Umi tak pernah buat kuih tu. Haa... memang Umi tak tau buat kuih tu pun sebab ini lah kali pertama Umi dengar nama kuih tu. Kata Makcik Ju ketika ada pertandingan memasak kuih kat tempat dia dulu... Makcik Ju menang dapat tempat pertama sebab buat kuih jati Pahang ni. Ini buat kami tak sabar-sabar nak belajar dan rasa kuih pene atau dipanggil juga kuih bintang.


1.Tepung pulut diuli dengan air.


2. Ambil sedikit dan bulatkan.


3. Tekan di tengahnya.


4. Setelah tekan akan menjadi begini.


5. Picit di bahagian tepi.


6. Picit di empat penjuru.


7. Menjadi bentuk bintang.


8. Buat sehingga habis adunan tersebut.


9. Kadang-kadang kalau diangkat untuk di letakkan ke tempat lain akan pecah. Jadi biarkan saja dalam bekas tersebut. Bila sudah keras akan mudah diangkat.


10. Kuih ini bagusnya dibuat beramai-ramai. Cepat siap.


11. Daun pandan yang telah ditumbuk digaul sekali dengan kelapa parut yang telah dimasukkan sedikit air.


12. Masukan telur dalam kelapa parut tadi.


13. Perah santannya.


14. Inilah santan yang telah dicampur dengan air daun pandan dan telor.


15. Santan tadi dibancuh dengan tepong gandum sehingga menjadi better pekat.


16. Panaskan periuk kukus.


17. Daun pisang dipotong bulat.


18. Letakkan daun pisang dalam bekas bulat dan di atasnya letakkan 6 biji tepung berbentuk bintang tadi.


19. Setelah itu masukkan sesenduk better pekat tadi di atas duan pisang yang ada 6 biji bintang tadi. Kukuslah sehingga masak. Wah! Rasanya sedap tau.

Read more...

BAJU RAYA

Lebih kurang dua bulan sebelum menjelang Ramadan, umi dah siap beli kain dengan abang Syukri kawan sepejabat umi. Okay la sebab boleh bayar ansur-ansur. Umi kata kalau ramadan baru nak beli kain nanti tak de orang nak terima tempahan. Sebenarnya umi kita dah serik nak gi shoping semenjak kena ragut masa shoping dengan kawan-kawannya dulu. Berbalik pasal baju raya... sebelum menjelang raya baju yang ditempah dah pun siap kecuali baju Kak Lang dan Ju. Kata umi tahun ni Kak Lang dan Ju pakai je baju yang lama sebab makcik yang jahit baju tu dah bersalin. Alhamdulillah aku tengok Kak Lang dan Ju tak kisah pun... Tapi umi tak sampai hati pulak. Jadi sebelum balik Pahang umi bercadang nak singgah kat Pasar Kemoja sebab nak beli baju kat situ je. Biasanya kalau shoping sehari dua sebelum raya... harga akan murah gila. Tahun lepas boleh dapat RM20 sepasang. Ketika dalam perjalanan tiba-tiba umi kata tak payah beli baju sebab umi baru dapat sms dari Makcik Fauziah baju dah siap jahit dan boleh ambil. Jadi umi pun ajak walid terus pergi kerumah Makcik Fauziah kat Kuang.


Anak yang ke 12 ni masih dalam hari lagi....Amnan namanya. Umurnya tak sampai sebulan pun. Bermakna ibunya pun masih dalam pantang la. Umi kata orang dalam patang tak boleh menjahit... nanti bentan. Jadi siapa yang jahit baju kami?


Ni la kakak kepada Amnan.


Kami ni pantang nampak baby... maklumlah tak ada adik kecik da.

Read more...

Meriahnya Suasana Berhari Raya Di Jengka Pahang

>> Friday, October 10, 2008

Meriahnya Suasana Berhari Raya Di Jengka Pahang.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP