STATUS

BLOG SEDANG DIKEMASKINI...HARAP MAKLUM.. :P

Undangan

>> Wednesday, December 3, 2008

Pada 22 Nov 2008, kami sekeluarga telah ke Bandar Tun Hussein Onn, Cheras untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan Madihah dan Rahim. Madihah merupakan puteri kepada Brig. Jen. (B) Dato' Seri Abdul Hamid b. Haji Zainal Abidin dan Datin Seri Latipah bt Haji Abdullah.

Doa Buat Mempelai
"Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan disemaikan-Nya di antara kamu bibit cinta sayang dan kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu tanda-tanda bagi orang yang mahu berfikir." (Surah Ar-Rum: 21)

Setelah itu kami terus ke Taman Koperasi Uda, Hulu Langat untuk menziarahi Tok Ngah yang telah seminggu di situ. Semasa kecil Tok Ngah sangat rapat dengan Cikgu Lina, anak saudaranya. Cikgu Lina bertugas sebagai pengetua di sebuah sekolah menengah di Cheras. Orangnya ceria dan peramah. Rasanya macam dah kenal lama. Suatu hari nanti kami berpakat untuk berkelah di tempat perkelahan Pangsun bersama-sama. Tak sabar rasanya.


Inilah keluarga Cikgu Lina bersama suaminya Encik Ahamad Suhim serta empat orang puteri kesayangannya.





Walau pun kami baru sahaja berkenalan tetapi seperti sudah lama berkenalan. Cikgu Lina serta anak-anaknya memang sangat peramah.


Oleh kerana telah mesra Umi dengan Cikgu Lina telah berkongsi sesuatu. Hai pandainya Umi aku ni ambil peluang... Kami doakan semoga siratulrahim ini berpanjangan.

Read more...

UPIN IPIN

>> Friday, October 31, 2008

Inilah rancangan yang paling disukai oleh Ucu. Ucu sanggup tak makan dan tak keluar bermain semata-mata nak tengok Upin dan Ipin kat tv. Walaupun rancangan tu dah ditayang berulang kali Ucu tak jemu-jemu menontonnya. Hai... tak tau la apa nak jadi dengan adik kami yang sorang ni.

Read more...

PESANAN UMI

>> Thursday, October 30, 2008

Jaga Akhlak Ketika Di Tanah Perkuburan


Kebiasaannya dipagi Syawal setelah solat hari raya, ramai umat Islam akan menziarahi kubur. Amalan menziarahi kubur adalah sunat tetapi untuk mendapat ganjaran pahala, perlulah mengikut beberapa amalan dan adab. Mudah-mudahan amalan ini menjadi amal ibadah dan akan mendatangkan manfaat kepada ahli kubur. Antara amalan-amalan tersebut ialah:
1. Mengambil air sembahyang terlebih dahulu.
2. Memakai pakaian yang sopan dan menutut aurat.
3. Ketika bertolak menuju ke tanah perkuburan, berniatlah pergi kekubur dengan tujuan menziarahi.
4. Disunatkan memberi salam ketika tiba di tanah perkuburan.
5. Disunatkan memberi salam ketika melintasi mana-mana kubur orang-orang Islam dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan.
6. Disunatkan membaca al-Quran dalam keadaan duduk. Sebaiknya bacalah Surah Yasin atau surah Al-Ikhlas sebanyak sebelah kali.
7. Setelah selesai membaca al-Quran, hadiahkan pahala bacaan kepada si mati sebaiknya dibaca:
“Ya Allah, sampaikanlah pahala apa yang telah ku baca ini kepada si Polan.”
8. Setelah itu, disunatkan berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua tangan untuk berdoa. Sebaiknya berdoalah yang faham akan maknanya dan boleh juga kita kita berdoa dalam Bahasa Malaysia. Diantara doa-doa itu ialah:
“Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas kamu, wahai ahli kubur. Semoga Allah mengampuni kami dan kamu. Kamu orang yang mendahului kami, dan kami akan menyusuli kamu.”
9. Selepas berdoa, antara amalan yang sunat kita lakukan ialah merenjiskan atau memercikkan air ake kubur dan meletakkan pelepah daun atau bunga yang masih hijau di atas kubur.

Larangan-larangan Ketika Di Tanah Pekuburan:
Terdapat beberapa perkara yang perlu dijauhi, antaranya ialah:
1. Dilarang meratap. memekik, serta memukul-mukul pipi kerana terlalu dukacita.
2. Makrub duduk di atas kubur tetapi tidak dilarang dudukdi sekitar atau di sekeliling kubur.
3. Dilarang memijak kubur (sama seperti duduk di atas kubur) kecuali dalam keadaan terdesak kerana tidak ada jalan lain menuju ke kubur.
4. Haram hukumnya jika kita melakukan perkara yang boleh menjejaskan aqidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah perkuburan dan seumpamanya.

*Artikel Majalah ASUH Oktober 2008

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP