STATUS

BLOG SEDANG DIKEMASKINI...HARAP MAKLUM.. :P

Kenduri Di Rumah Lelaki (Asshaari)

>> Tuesday, January 20, 2009

Pada 18 Januari 2009, walid telah membawa kami ke Klang untuk menghadiri kenduri kawan walid di Klang, Selangor.
Rupa-rupanya ini kenduri di rumah lelaki rumah (Asshaari). Masa kenduri rumah pengantin perempuan, kami dah pergi di Gombak,Selayang.
Wah! Kak Lang makan sakan nampak!
Cikgu Abu Hassan Morat(bos kat pejabat walid) pun datang juga.



Haji Yusri datang bersama-sama dengan anaknya. Makcik Aida tak de... balik Kedah.

Read more...

Walimatul Urus Asshaari & Siti Adlina

>> Monday, December 22, 2008

Pada 21 Disember 2008... kami ke Dewan Badminton, Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak, Selayang. Rupanya kawan Walid kahwin. Namanya Muhd Assha'Ari tapi Walid panggil Mat je. Isterinya bernama Siti Adlina Dahari. Nampaknya dua-dua sama cantik dan sepadan.

Kami sampai dah hujung-hujung... orang dah tak ramai. Tetapi makanan masih banyak lagi. Rupanya pada hari itu ada dua pasangan pengantin.

Tengok tu... bukan main mesra dan bergayanya mereka apabila jurukamera ambil gambar mereka. Hmmm.... siapa lagi jurugambar mereka kalau bukan Along. Sebelum pulang kami sempat mengabadikan gambar bersama pengantin.
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Satukanlah hati kedua mempelai ini
Sepertimana Engkau satukan
Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha serta
Muhammad SAW dan Siti Khadijah.

limpahkanlah Berkat dan rahmatmu,
Kurniakanlah mereka zuriat
yang sempurna, beriman dan
beramal soleh serta berikanlah
ketenangan kepada mereka
di dunia dan akhirat.

Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin.

Read more...

My Family

>> Tuesday, December 16, 2008


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP